Kalau di Malaysia, nak cari cucur udang agak senang. Tapi kalau nak di satukan dengan sos yang sesuai selalunya dihidangkan dengan sos cili sahaja. Yang paling senang ialah dengan sos cili terus dari botol. Tetapi kalau nak dengan kuah kacang mana nak dapat. Kalau dulu mak buat kuah kacang sendiri, sarapan pagi pasti menyelerakan.Sekarang juadah yang ringkas ini boleh didapati juga di Saudi Arabia di sebuah restoran Melayu; Malaysia Kitchen. Terletak di Al Khobar, di timur tanah arab ini di tengah-tengah kesibukan bandar yg juga terletak berhampiran dengan negara Bahrain.
Malaysian Kitchen yang juga dikenali sebagai MK menawarkan juadah masakan kegemaran Malaysia seperti lemak cili padi, daging masak merah, ayam kacang gajus, talapia kari merah, sup ekor, mee goreng, nasi goreng dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan juga teh tarik dan kopi susu malaysia sebagai tambahan kepada ABC, jus buah dan minuman tin.
Pengunjung MK terdiri daripada golongan professional yang bekerja di sekitar Al Khobar, Dammam dan juga bila hujung minggu dari Jubail dan Riyadh.
MK boleh dihubungi melalui telefon +966-3-8946922.

No comments:
Post a Comment